| like the real thing, only better
|
|
|
|
|
 
 

1. Apakah e-browse?
e-browse adalah satu aplikasi Internet yang membolehkan anda meneroka kandungan multimedia digital di dalam Internet dengan menggunakan perkakasan konveksi. Teknologi ini membenarkan interaktiviti masa sebenar digunakan di dalam persekitaran wayar atau tanpa wayar untuk memaparkan kandungan imej digital dengan mudah tanpa mengira saiz fail. Antara ciri-ciri e-browse adalah:

  • e-browse tidak memuatkan kesemua data imej ke dalam memori kerana ia hanya memuatkan sebahagian paparan imej yang dikehendaki oleh pengguna sahaja. Ini dikenali sebagai akses sebahagian.
  • e-browse mencapai kelajuan yang tinggi untuk mengakses saiz yang besar serta imej yang mempunyai resolusi tinggi melalui teknologi “streaming” menggunakan perkakas konveksi.
  • Jumlah yang besar serta resolusi imej yang tinggi dapat di lihat secara menyeluruh menggunakan satu klik tetikus “zoom in /out” serta navigasi antaramuka.
  • Pengurangan muat turun sistem melalui “strip/block partition technology” dan teknologi paparan imej daripada cakera keras kepada skrin. Hanya data yang dikehendaki oleh pengguna dimuatnaikkan ke skrin, di mana ia mengurangkan rangkaian dan penggunaan sumber perkakas, membolehkan pengguna melayari dengan kelajuan konsisten.


2. Apakah keunikan e-browse?

Dengan e-browse, pengguna dapat menikmati terbitan atau keluaran yang sama seperti akhbar yang dicetak dalam platform yang pelbagai seperti PC, PDA, HDTV dan PDP dalam kelajuan yang tinggi pada masa sebenar. Pelbagai kandungan multimedia yang terdapat di dalam akhbar dapat diselitkan, dan ini membenarkan anda menikmati nilai tambahan dan kandungan yang dinamik.

3. Apakah ciri-ciri yang terdapat di dalam e-browse?

  • Efek selakan mukasurat (2D/3D)
    Dengan hanya menggunakan satu klik pada tetikus, pengguna dapat menyelak helaian demi helaian mukasurat seperti yang dilakukan pada buku yang dicetak. Ciri efek selakan membolehkan pembacaan kandungan secara online dan memberikan pengalaman hebat kepada pengguna.
  • Zoom In/Out & Efek Gerakan
    Pembaca boleh zoom in dan zoom out isi kandungan secara mudah. Ciri zoom meningkatkan kejelasan untuk membaca isi kandungan. Ini tidak dapat dilakukan dengan akhbar fizikal. Ciri kesan gerakan membolehkan pengguna melihat isi kandungan dengan mengheret tetikus ke lokasi yang dikehendaki.
  • Paparan Mozek Dinamik
    Dengan menyusun semula kesemua mukasurat isi kandungan dalam satu skrin, pengguna boleh mengimbas mukasurat dengan cepat dan memilih artikel yang mahu dibaca keseluruhannya. Dengan ini, pembaca tidak perlu menyelak helaian demi helaian untuk mendapatkan berita yang dicari. Ciri mozek dinamik amat penting untuk pembacaan yang lebih baik dan cepat.
  • Thumbnail Index
    Thumbnail index adalah paparan setiap mukasurat secara imej kecil yang disusun berindeks. Seterusnya para pembaca boleh mencari mukasurat yang dikehendaki. Thumbnails boleh disediakan sebagai servis prebiu isi kandungan kepada para pelanggan. Oleh itu mereka boleh melanggan isi kandungan online selepas mendapat gambaran idea tentang isi kandungan yang ada.
  • Klip
    Pembaca dapat klip gambar, artikel, resepi dan maklumat lain di dalam kandungan akhbar serta menyimpannya di dalam "Klip saya". Penambahan komen dapat dibuat dan disimpan bersama-sama maklumat klip, dan seterusnya ia boleh dicetak. Klip mempunyai persamaan seperti menggunting mukasurat maklumat yang diminati seperti perihal fesyen, resepi, jadual waktu dan lain-lain daripada akhbar atau majalah.

4. Apakah kandungan yang terdapat di dalam e-browse?
Selain suratkhabar, e-browse juga akan menawarkan pelbagai terbitan seperti majalah, buku, laporan tahunan, catalog dan banyak lagi.

5. Bagaimanakah anda mengakses e-browse?
e-browse terdapat di dalam www.bluehyppo.com

6. Adakah anda memerlukan jalur lebar atau jalur sempit?
Servis ini boleh diakses melalui jalur lebar atau jalur sempit. Jalur lebar adalah sangat digalakkan untuk membolehkan penggunaan yang lebih bagus.

7. Adakah berita-berita di dalam e-browse boleh diakses semula?
Ya, terdapat 7 hari tempoh untuk mengakses semula.

8. Adakah e-browse dikenakan bayaran atau percuma?
Setiap terbitan akan dikenakan bayaran yang berbeza.

9. Saya sudah mengakses laman e-browse dan cuba untuk melayari suratkhabar selepas “plug-in” telah dimuat turunkan, dan mukasurat pertama akhbar berkenaan terpapar. Apabila saya zoom in untuk membaca artikel, kesemuanya nampak kabur dan saya tidak boleh membaca apa-apa. Adakah sesuatu yang tidak kena? Saya hanya boleh membaca tajuk-tajuk utama tetapi teks bagi setiap artikel adalah kabur dan tidak boleh dibaca.
e-browse sangat bagus dibaca dengan menggunakan sambungan jalur lebar seperti TM Streamyx. Dengan kelajuan Internet yang perlahan, ia akan mengambil masa untuk imej menjadi jelas kerana butir imej sedang diambil daripada server.

Untuk perhatian, kami telah meletakkan penunjuk muat turun, di mana terdapat bar di atas dan tengah mukasurat e-browse. Anda boleh memastikan sama ada mukasurat tersebut masih dimuat turun dengan melihat bar progress. Bar ini akan hilang sebaik sahaja imej telah habis dimuat turun.

10. Bolehkah saya menggunakan Microsoft Internet Explorer untuk membaca e-browse?
Pada masa kini, plug-in e-browse hanya sesuai dengan Microsoft Internet Explorer, di mana para penggunanya 90% di dalam pasaran. Pada masa akan datang, kami akan membolehkan aplikasi di web browser lain yang popular.

11. Adakah e-browse sesuai dengan MAC OS?
Pada masa kini plug-in e-browse hanya sesuai untuk Windows OS, oleh itu Microsoft Internet Explorer bagi Mac tidak boleh digunakan.

12. Kenapakah mukasurat tidak boleh dibaca ataupun kosong di dalam e-browse?
Besar kemungkinan plug-in tersebut tidak dimuat turunkan secara betul ataupun ia telah dirosakkan oleh aplikasi yang baru ataupun plug-in baru telah dimuatturunkan ke dalam Internet Explorer. Anda boleh memuatturunkan plug-in e-browse secara manual dengan menekan link “Download Plug-In here” dan selesaikan file yang telah dimuatturunkan.

13. Apakah yang harus dilakukan apabila skrin memaparkan “No active subscribers”?
Sila beri kata nama anda. Kami akan meneliti semula akaun anda dan kembali semula kepada anda secepat mungkin.

14. Apakah yang harus dilakukan apabila skrin memaparkan “User already log in” apabila anda cuba daftar masuk?
Kesilapan itu menunjukkan seseorang telah daftar masuk ke dalam akaun anda atau anda tidak daftar keluar dari akaun secara betul. Sentiasa pastikan anda daftar keluar secara betul sebelum anda menutup tetingkap Internet Explorer. Jika anda secara tidak sengaja menutup Internet Explorer tanpa daftar keluar secara betul, sila tunggu sehingga akaun anda dibebaskan (maksimum masa menunggu 1 jam).

15) Berapa orangkah pengguna boleh daftar masuk pada masa yang sama?
Sistem hanya membenarkan satu daftar masuk pada satu masa. Jangan berkongsi ID daftar masuk anda untuk memastikan anda sentiasa boleh daftar masuk e-browse bila-bila masa.

16) Apakah format klip yang saya simpan?
Klip anda akan disimpan sama ada di dalam bentuk format jpeg atau bitmap. (ekstensi fail .jpg atau .bmp)

17. Bagaimanakah untuk mengaktifkan “cookies” saya?
Klik di sini untuk mengaktifkan cookies.


 






© TM Net Sdn Bhd. All rights reserved